Sholawat Badar adalah rangkaian sholawat berisikan tawassul dengan nama Allah, dengan Junjungan Nabi Solallahu Alaihi Wasalam , serta para mujahidin teristimewanya para pejuang Badar. Sholawat ini adalah hasil karyaKyai Ali Manshur, yang merupakan cucu KH. Muhammad Shiddiq, Jember. Oleh itu, Kyai‘Ali Manshur adalah
anak saudara atau keponakan KH. Ahmad Qusssyairi
( ulama besar dan pengarang kitab “”Tanwir al-Hija” yang telah
disyarahkan dengan judul “Inarat ad-Duja“oleh ulama terkemuka Haramain,
Sayyid ‘Alawi bin ‘Abbas bin ‘Abdul ‘Aziz al-Maliki al-Hasani.
Diceritakan bahawa karya ini ditulis oleh Kiyai ‘Ali Manshur sekitar
tahun 1960, tatkala kegawatan umat Islam Indonesia menghadapi fitnah
Partai Komunis Indonesia (PKI). Ketika itu, Kiyai ‘Ali adalah Kepala
Kantor Departemen Agama Banyuwangi, juga menjadi Pengurus Cabang
Nahdlatul Ulama di situ. Keadaan politik yang bercelaru saat itu dan
kebejatan PKI yang bermaharajalela membunuh massa, bahkan ramai kiyai
yang menjadi mangsa mereka, menyebabkan terlintas di hati Kiyai ‘Ali,
yang memang mahir membuat syair ‘Arab sejak nyantri di Pesantren Lirboyo
Kediri lagi, untuk menulis satu karangan sebagai sarana bermunajat
memohon bantuan Allah s.w.t. Dalam keadaan sedemikian, Kiyai ‘Ali
tertidur dan dalam tidurnya beliau bermimpi didatangi manusia-manusia
berjubah putih – hijau, dan malam yang sama juga, isteri beliau
bermimpikan Kanjeng Nabi s.a.w.
Setelah siang, Kiyai ‘Ali langsung pergi berjumpa dengan Habib Hadi al-Haddar Banyuwangi
dan menceritakan kisah mimpinya tersebut. Habib Hadi menyatakan
bahawa manusia-manusia berjubah tersebut adalah para ahli Badar.
Mendengar penjelasan Habib yang mulia tersebut, Kyai ‘Ali semakin
bertekad untuk mengarang sebuah syair yang ada kaitan dengan para
pejuang Badar tersebut. Lalu malamnya, Kyai ‘Ali menjalankan penanya
untuk menulis karya yang kemudiannya dikenali sebagai “Sholawat
al-Badriyyah” atau “Sholawat Badar“.
Apa yang mengherankan ialah keesokan harinya, orang-orang kampung
mendatangi rumah beliau dengan membawa beras dan bahan makanan lainnya.
Mereka menceritakan bahwa pagi pagi sekali mereka telah didatangi orang
berjubah putih menyuruh mereka pergi ke rumah Kyai ‘Ali untuk
membantunya karena satu kenduri akan diadakan di rumahnya. Itulah
sebabnya mereka datang dengan membawa bahan makanan tersebut menurut
kemampuan masing-masing. Tambah pelik lagi apabila malamnya, hadir
bersama untuk bekerja membuat persiapan kenduri orang-orang yang tidak
dikenali siapa mereka.
Menjelang keesokan pagi, serombongan habaib yang diketuai oleh Habib ‘Ali bin ‘Abdur Rahman al-Habsyi Kwitang
tiba-tiba datang ke rumah Kiyai ‘Ali. Tidak tergambar kegembiraan
Kiyai ‘Ali menerima tetamu istimewanya tersebut. Setelah memulakan
perbicaraan bertanyakan khabar, tiba-tiba Habib ‘Ali Kwitang bertanya
mengenai syair yang ditulis oleh Kiyai ‘Ali tersebut. Tentu sahaja Kiyai
‘Ali terkejut kerana hasil karyanya itu hanya diketahuinya dirinya
seorang dan belum dimaklumkan kepada sesiapa pun. Tapi beliau
mengetahui, ini adalah satu kekeramatan Habib ‘Ali yang terkenal sebagai
waliyullah itu. Lalu tanpa lengah, Kiyai ‘Ali Manshur mengambil helaian
kertas karangannya tersebut lalu membacanya di hadapan para hadirin
dengan suaranya yang lantang dan merdu. Para hadirin dan habaib
mendengarnya dengan khusyuk sambil menitiskan air mata kerana terharu.
Setelah selesai dibacakan Sholawat Badar oleh Kiyai ‘Ali, Habib ‘Ali
menyeru agar Sholawat Badar dijadikan sarana bermunajat dalam menghadapi
fitnah PKI.
”Ya akhi , mari kita perangi genjer –genjer PKI itu dengan sahalawat
Badar ! ”kata Habib Ali kwitang mantap . setelah itu Habib Ali kwitang
memimpin doa , lalu rombongan itu memohon diri .Maka sejak saat itu
masyhurlah karya Kiyai ‘Ali tersebut.
Selanjutnya, untuk mempopulerkan shalawat badar , Habib ‘Ali Kwitang
telah mengundang para ulama dan habaib ke Kwitang untuk satu pertemuan,
termasuk dijemput ialah Kyai ‘Ali Manshur bersama pamannya KH. Ahmad
Qusyairi. Dalam pertemuan tersebut, Kyai ‘Ali sekali lagi diminta untuk
mengumandangkan Sholawat al-Badriyyah gubahannya itu. Maka bertambah
masyhur dan tersebar luas Sholawat Badar ini dalam masyarakat serta
menjadi bacaan popular dalam majlis-majlis ta’lim dan pertemuan.
Semoga Allah swt memberikan sebaik-baik ganjaran dan balasan buat
pengarang Sholawat Badar serta para habaib tersebut….. al-Fatihah.
Sumber : Ponpes Nurul Hidayah Kal-Tim
Di bawah ini teks sholawat badar :
بسم اللہ الرحمن الر
صَـلا َةُ اللهِ سَـلا َمُ اللهِ عَـلَى طـهَ رَسُحیمـوْلِ اللهِ
صَـلا َةُ اللهِ سَـلا َمُ اللهِ عَـلَى يـس حَبِيْـبِ اللهِ
تَوَ سَـلْنَا بِـبِـسْـمِ اللّهِ وَبِالْـهَادِى رَسُـوْلِ اللهِ
وَ كُــلِّ مُجَـا هِـدِ لِلّهِ بِاَهْـلِ الْبَـدْ رِ يـَا اَللهُ
اِلهِـى سَـلِّـمِ اْلا ُمـَّة مِـنَ اْلافـَاتِ وَالنِّـقْـمَةَ
وَمِنْ هَـمٍ وَمِنْ غُـمَّـةٍ بِاَ هْـلِ الْبَـدْ رِ يـَا اَللهُ
اِلهِى نَجِّـنَا وَاكْـشِـفْ جَـمِيْعَ اَذِ يـَّةٍ وَا صْرِفْ
مَـكَائـدَ الْعِـدَا وَالْطُـفْ بِاَ هْـلِ الْبَـدْ رِ يـَا اَللهُ
اِلهِـى نَـفِّـسِ الْـكُـرَبَا مِنَ الْعَـاصِيْـنَ وَالْعَطْـبَا
وَ كُـلِّ بـَلِـيَّـةٍ وَوَبـَا بِا َهْـلِ الْبَـدْ رِ يـَا اَللهُ
فَكَــمْ مِنْ رَحْمَةٍ حَصَلَتْ وَكَــمْ مِنْ ذِلَّـةٍ فَصَلَتْ
وَكَـمْ مِنْ نِعْمـَةٍ وَصَلَـتْ بِا َهْـلِ الْبَـدْ رِ يـَا اَللهُ
وَ كَـمْ اَغْـنَيْتَ ذَالْعُـمْرِ وَكَـمْ اَوْلَيْـتَ ذَاالْفَـقْـرِ
وَكَـمْ عَافَـيـْتَ ذِاالْـوِذْرِ بِاَ هْـلِ الْبَـدْ رِ يـَا اَللهُ
لَـقَدْ ضَاقَتْ عَلَى الْقَـلْـبِ جَمِـيْعُ اْلاَرْضِ مَعْ رَحْبِ
فَانْـجِ مِنَ الْبَلاَ الصَّعْـبِ بِا َهْـلِ الْبَـدْ رِ يـَا اَللهُ
ا َتَيـْنَا طَـالِـبِى الرِّفْـقِ وَجُـلِّ الْخَـيْرِ وَالسَّـعْدِ
فَوَ سِّـعْ مِنْحَـةَ اْلاَيـْدِىْ بِاَ هْـلِ الْبَـدْ رِ يـَا اَللهُ
فَـلاَ تَرْدُدْ مَـعَ الْخَـيـْبَةْ بَلِ اجْعَلْـنَاعَلَى الطَّيْبـَةْ
اَيـَا ذَاالْعِـزِّ وَالْهَـيـْبَةْ بِاَ هْـلِ الْبَـدْ رِ يـَا اَللهُ
وَ اِنْ تَرْدُدْ فَـمَنْ نَأْتـِىْ بِـنَيـْلِ جَمِيـْعِ حَاجَا تِى
اَيـَا جَـالِى الْمُـلِـمـَّاتِ بِاَ هْـلِ الْبَـدْ رِ يـَا اَللهُ
اِلهِـى اغْفِـرِ وَاَ كْرِ مْنَـا بِـنَيـْلِ مـَطَا لِبٍ مِنَّا
وَ دَفْـعِ مَسَـاءَةٍ عَـنَّا بِاَ هْـلِ الْبَـدْ رِ يـَا اَللهُ
اِلهِـى اَنـْتَ ذُوْ لُطْـفٍ وَذُوْ فَـضْلٍ وَذُوْ عَطْـفٍ
وَكَـمْ مِنْ كُـرْبـَةٍ تَنـْفِىْ بِاَ هْـلِ الْبَـدْ رِ يـَا اَللهُ
وَصَلِّ عَـلَى النـَّبِىِّ الْبَـرِّ بـِلاَ عَـدٍّ وَلاَ حَـصْـرِ
وَالِ سَـادَةٍ غُــــرِّ بِاَ هْـلِ الْبَـدْ رِ يـَا اَللهُ
Semoga Allah Subhanahu Wataalla memberikan sebaik-baik
ganjaran dan balasan buat pengarang Sholawat Badar serta para habaib
tersebut
http://faqihmuhammad.wordpress.com/2012/06/24/sejarah-sholawat-badar/
0 komentar:
Posting Komentar
tolong komentar yang baik-baik saja ^^